Assalamualaikum wbt.
Ya Allah.Ya Rabb.Alhamdulillah.
Hari ini berjaya menamatkan kursus mutawwif yang telah berlangsung selama dua hari yakni 14 Jun - 15 Jun 2014. Pelbagai perasaan telah dirasai dari mula merancang kursus ini sehinggalah akhirnya kursus ini berakhir.
Sebelum ini KBP pada tahun 2013 telah juga menganjurkan kursus mutawwif di De Palma Hotel, Ampang. Oleh itu, siri kursus ini merupakan siri ke dua yang seumpamanya. Walau bagaimanapun, kali ini kursus telah dijalankan selama dua hari berbanding sehari pada siri pertama. Ini merupakan hasil dr feedback peserta siri pertama yg merasakan kursus sehari tidak cukup kerana inginkan praktikal dan simulasi lebih lagi berkaitan peranan mutawwif.
Menyahut seruan itu, perancangan rapi telah pun dirangka termasuklah skop-skop perbincangan yg mestilah "up to date" memandangkan cabaran semasa mutawwif kian memuncak. Sesi "brainstorming" bersama penceramah kedua Tuan Haji Zainal Haji Bujang telah berlangsung beberapa kali sehinggalah 2 hari sebelum bermulanya kursus mutawwif siri ke dua ini. Kami sepakat memutuskan kaedah kursus ini akan menekankan aspek teori dan praktikal (Teori pada hari pertama dan praktikal/simulasi pada hari kedua).
Dengan siapnya iklan dan kata putus untuk meneruskan misi kursus mutawwif ini, bermulalah episode untuk mencari calon-calon atau mereka yang berminat untuk menjadikan mutawwif sebagai kerjaya dunia dan akhirat. Ini bukanlah kerja yg mudah. Data telah dikumpul berdasarkan kumpulan sasaran dan misi seterusnya adalah "reach out" ke umpulan target ini melalui medium FB,Email,Call dan personal approach.
Pada peringkat awalnya kami merasakan misi untuk memenuhi 50 kerusi adalah "achievable". Agak ramai pada peringkat awal yg memberi respon berminat untuk mengisi kerusi yang ditawarkan. Tetapi panas ku sangkakan sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari. (hehehehe).. Seminggu sebelum bermulanya kursus, seorang demi seorang telah membatalkan penyertaan dan ini menyebabkan kami terpaksa re-do promosi kami dan membuka semula senarai "target" mutawwif. Sekali lagi, Ini bukanlah kerja yang mudah. Pembatalan bertalu-talu sehinggalah malam sebelum kursus berlangsung.
Manusia boleh merancang,Allah yg menentukan....
Sy amat memahami yang perancangan setiap manusia boleh berubah kerana rancangan Allah jugalah yang terbaik. Pasukan sy redha akan tetap meneruskan kursus ini walaupun seorang sahaja peserta kami datang. Tidak sesekali kami mengalah dan membatalkan kursus ini disebabkan 49 kerusi tidak dipenuhi.
Di hari pertama kursus 14 Jun 2014,akhirnya kami maklum yang hanya 8 orang peserta datang. Sy rasa terharu kerana peserta kami datang sejauh Pulau Pinang dan Kedah semata-mata ingin menghadiri kursus kami ini. Ini menjadi pembakar semangat kami untuk meneruskan kursus kecemerlangan ini.
Allah Maha Besar. Allahuakbar.Segala Puji Bagimu. Tuhan Semesta Alam.
Sy rasa sungguh kagum dengan peserta-peserta ini yang nyata kursus ini mencapai objektifnya apabila peserta semuanya sangat interaktif dengan penceramah. 8 orang terasa seperti 40 orang! Seronok yang tidak terucap.
Perbincangan demi perbincangan berlangsung sehingga terasa terlalu cepat masa berlalu. Dua hari ini terasa cukup bermanfaat bagi kami semua. Sebagai penceramah, ternyata sy juga mendapat ilmu-ilmu baru dan berguna dari para peserta yang ternyata majoriti mempunyai pengalaman sebagai "bidan terjun" mutawwif.
Pada hari kedua kursus, kami memberi ruang kepada bakal mutawwif kami utk "play role" sbg mutawwif dalam pelbagai senario yg telah kami sediakan. Setiap daripada mereka di beri peluang bercakap dan berlakon seolah-olah membawa jemaah. Latihan ini sy lihat amat berkesan kerana kita ingin memastikan yg mutawwif yg kita lahirkan mampu menyampaikan info yang tepat, padat, berguna dan efektif. Kita tidak mahu mutawwif yang hanya duduk diam sambil berharap ada mutawwif lain yg memikul tugas mereka.
Setiap lakonan mereka, sy dan Haji Zainal akan memberi komen area mana yg mereka perlu baiki dan info yg patut disampai. Cara penyampaian juga kami ajar untuk memastikan mesej yg disampaikan itu benar-benar digarap oleh jemaah. Sesi ini mengambil masa sejam. Lebih daripada jangkaan awal. Mmg seronok dan berkesan!
Pada akhir majlis, sesi penyampaian sijil berlangsung. Terasa terlalu berat hati ini untuk mengakhiri kursus kerana dua hari ini terasa keakraban dengan peserta sgt utuh. Sesungguhnya ini tetap menjadi pembakar semangat kami untuk terus menganjurkan kursus seumpama ini insyaAllah di masa-masa akan datang (Mungkin bulan 9 atau 10 ni).
Sebelum sy akhiri penulisan sy ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Zainal selaku penceramah bersama, para peserta yg dikasihi dan semua yg terlibat secara langsung atau tidak. Semoga Allah memberi kita ganjaran kebaikan dari semua yg kita usahakan ini.
Wassalam.
Di pos seterusnya, sy akan masukkan lebih banyak gambar dan video. Tungguuuuuu....

1 comment:
Sy sgt bterima kadih kpg pihak pganjur yg mgambil inisiatifvutk anjur kursus seumpama ini.Dgn izin Allah shj la hati sy terbuka utk sertai kursusvyg lumayan dgn ilmu dan pgalaman berharga yg diberi oleh pakar bidang ini.Sesungguhnya wang ringgit bukan nilai utk mbayar ilmu dgn pgalaman ini.Sy mgajak shbt2 di luar sana agar jgn ketinggalan lg jika kursus seumpama ini diadakan.Wpun dari sejaih Penang sy dtg namun apa yg sy bawa pulang adalah sarat dgn ilmu pengalaman dan cetusan keimaman yg mjadikan cinta kpd dua bumi barakah mekah dan madinah semakin dirindui.Ia kota air mata utk kita membetsih jiwa dgn taubat nasuha.Ya Allah yg Maha Agung...berilah ganjaran yg mulia kpd pembimbing dan sykt yg mganjurkan kursus ini.ameen.
Post a Comment