Sunday, June 22, 2014

CERAMAH PENGURUSAN HAJI & UMRAH DI SURAU AT-TAQWA (21.06.2014)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..Ku panjatkan syukur pada Mu ya Allah di atas kudrat dan kesihatan yang baik ini.

Alhamdulillah. Selesai satu lagi program ilmu yang bertempat di Surau At-Taqwa, Lorong Sepakat 3, Gombak pada 21.06.2014. Segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.

Pada slot ilmu kali ini, saya telah membahagikan "approach" atau pendekatan ilmiah saya kepada 3. Ini adalah kerana masa hanya ada lebih kurang sejam utk ceramah saya kerana ia diadakan selepas waktu Maghrib dan taman pada azan Isya'. Saya berusaha untuk memastikan masa yang diberikan cukup untuk saya memberikan penghayatan kepada rukun Islam yang ke-5.

Approach #1

- Dimulakan dengan zikir dan talbiah. Ini bagi membangkitkan rasa terpanggilnya kita ke Tanah Suci dan menyemai rindu padaNya. Cara ini juga saya dapati mampu menarik perhatian hadirin yang pada mulanya tertanya ceramah ini sebenarnya untuk apa.

Approach #2

- Tayangan video berkaitan perjalanan menunaikan umrah dan "captions" tempat-tempat penting di Madinah dan Mekkah. Bagi saya, apabila penerangan diiringi dengan tayangan video, para hadirin dapat menjiwai dan lebih memahami apa yang saya sampaikan. Perhatian mereka juga fokus kepada penyampaian saya kerana ini memerlukan daya visual dan auditori. Lagi pun, hari dah malam, mungkin kalau dengar saya bercakap je, mungkin penghayatan akan kurang.Mungkin.

Approach #3

- Sentuhan berkait isi-isu semasa yakni polisi-polisi terbaru, kes-kes penipuan umrah dan promosi terkini dari KBP Travel & Tours. Para hadirin perlu diberi informasi berkaitan polisi kerana ini penting bagi mereka yang ingin pergi ke Tanah Suci untuk bersiap sedia dari segi kelengkapan dokumentasi. Selain itu, isu semasa berkaitan penipuan juga perlu diterangkan bagi mengelakkan para hadirin dari terperangkap dengan tipu daya golongan yang mengaut untung dengan cara salah.

Di KBP, semua urusan kami adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dibawah pemantauan Kementerian Pelancongan.

Saya kongsikan sedikit gambar dari majlis ilmu tadi. Gambar hadirin muslimah tak sempat nak ambil.Maaf ye..





Wednesday, June 18, 2014

CERAMAH PENERANGAN PENGURUSAN HAJI & UMRAH

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah segala pujian dan kesyukuran pada MU ya Allah.

Saya akan menjadi penceramah jemputan untuk mengisi slot kuliah ilmu pada Sabtu ini, 21 Jun 2014. Ini merupakan kerjasama dengan Surau At-Taqwa, Lorong Sepakat 3, Gombak. Saya ingin menjemput sahabat-sahabat semua bersama ahli keluarga dan rakan taulan untuk bersama saya dalam mengisi ruangan ini.

"Ilmu yang berguna adalah ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain"


Sunday, June 15, 2014

Selesai Kursus Kecemerlangan Mutawwif & Wakil 2

Assalamualaikum wbt.

Ya Allah.Ya Rabb.Alhamdulillah.

Hari ini berjaya menamatkan kursus mutawwif yang telah berlangsung selama dua hari yakni 14 Jun - 15 Jun 2014. Pelbagai perasaan telah dirasai dari mula merancang kursus ini sehinggalah akhirnya kursus ini berakhir.

Sebelum ini KBP pada tahun 2013 telah juga menganjurkan kursus mutawwif di De Palma Hotel, Ampang. Oleh itu, siri kursus ini merupakan siri ke dua yang seumpamanya. Walau bagaimanapun, kali ini kursus telah dijalankan selama dua hari berbanding sehari pada siri pertama. Ini merupakan hasil dr feedback peserta siri pertama yg merasakan kursus sehari tidak cukup kerana inginkan praktikal dan simulasi lebih lagi berkaitan peranan mutawwif.

Menyahut seruan itu, perancangan rapi telah pun dirangka termasuklah skop-skop perbincangan yg mestilah "up to date" memandangkan cabaran semasa mutawwif kian memuncak. Sesi "brainstorming" bersama penceramah kedua Tuan Haji Zainal Haji Bujang telah berlangsung beberapa kali sehinggalah 2 hari sebelum bermulanya kursus mutawwif siri ke dua ini. Kami sepakat memutuskan kaedah kursus ini akan menekankan aspek teori dan praktikal (Teori pada hari pertama dan praktikal/simulasi pada hari kedua).

Dengan siapnya iklan dan kata putus untuk meneruskan misi kursus mutawwif ini, bermulalah episode untuk mencari calon-calon atau mereka yang berminat untuk menjadikan mutawwif sebagai kerjaya dunia dan akhirat. Ini bukanlah kerja yg mudah. Data telah dikumpul berdasarkan kumpulan sasaran dan misi seterusnya adalah "reach out" ke umpulan target ini melalui medium FB,Email,Call dan personal approach.

Pada peringkat awalnya kami merasakan misi untuk memenuhi 50 kerusi adalah "achievable". Agak ramai pada peringkat awal yg memberi respon berminat untuk mengisi kerusi yang ditawarkan. Tetapi panas ku sangkakan sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari. (hehehehe).. Seminggu sebelum bermulanya kursus, seorang demi seorang telah membatalkan penyertaan dan ini menyebabkan kami terpaksa re-do promosi kami dan membuka semula senarai "target" mutawwif. Sekali lagi, Ini bukanlah kerja yang mudah. Pembatalan bertalu-talu sehinggalah malam sebelum kursus berlangsung.

Manusia boleh merancang,Allah yg menentukan....

Sy amat memahami yang perancangan setiap manusia boleh berubah kerana rancangan Allah jugalah yang terbaik. Pasukan sy redha akan tetap meneruskan kursus ini walaupun seorang sahaja peserta kami datang. Tidak sesekali kami mengalah dan membatalkan kursus ini disebabkan 49 kerusi tidak dipenuhi.

Di hari pertama kursus 14 Jun 2014,akhirnya kami maklum yang hanya 8 orang peserta datang. Sy rasa terharu kerana peserta kami datang sejauh Pulau Pinang dan Kedah semata-mata ingin menghadiri kursus kami ini. Ini menjadi pembakar semangat kami untuk meneruskan kursus kecemerlangan ini.

Allah Maha Besar. Allahuakbar.Segala Puji Bagimu. Tuhan Semesta Alam.

Sy rasa sungguh kagum dengan peserta-peserta ini yang nyata kursus ini mencapai objektifnya apabila peserta semuanya sangat interaktif dengan penceramah. 8 orang terasa seperti 40 orang! Seronok yang tidak terucap.

Perbincangan demi perbincangan berlangsung sehingga terasa terlalu cepat masa berlalu. Dua hari ini terasa cukup bermanfaat bagi kami semua. Sebagai penceramah, ternyata sy juga mendapat ilmu-ilmu baru dan berguna dari para peserta yang ternyata majoriti mempunyai pengalaman sebagai "bidan terjun" mutawwif.

Pada hari kedua kursus, kami memberi ruang kepada bakal mutawwif kami utk "play role" sbg mutawwif dalam pelbagai senario yg telah kami sediakan. Setiap daripada mereka di beri peluang bercakap dan berlakon seolah-olah membawa jemaah. Latihan ini sy lihat amat berkesan kerana kita ingin memastikan yg mutawwif yg kita lahirkan mampu menyampaikan info yang tepat, padat, berguna dan efektif. Kita tidak mahu mutawwif yang hanya duduk diam sambil berharap ada mutawwif lain yg memikul tugas mereka.

Setiap lakonan mereka, sy dan Haji Zainal akan memberi komen area mana yg mereka perlu baiki dan info yg patut disampai. Cara penyampaian juga kami ajar untuk memastikan mesej yg disampaikan itu benar-benar digarap oleh jemaah. Sesi ini mengambil masa sejam. Lebih daripada jangkaan awal. Mmg seronok dan berkesan!

Pada akhir majlis, sesi penyampaian sijil berlangsung. Terasa terlalu berat hati ini untuk mengakhiri kursus kerana dua hari ini terasa keakraban dengan peserta sgt utuh. Sesungguhnya ini tetap menjadi pembakar semangat kami untuk terus menganjurkan kursus seumpama ini insyaAllah di masa-masa akan datang (Mungkin bulan 9 atau 10 ni).

Sebelum sy akhiri penulisan sy ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Zainal selaku penceramah bersama, para peserta yg dikasihi dan semua yg terlibat secara langsung atau tidak. Semoga Allah memberi kita ganjaran kebaikan dari semua yg kita usahakan ini.

Wassalam.

Di pos seterusnya, sy akan masukkan lebih banyak gambar dan video. Tungguuuuuu....


Saturday, May 31, 2014

KURSUS KECEMERLANGAN MUTAWWIF & WAKIL

Assalamualaikum  wbt.

Saya ingin mewar-warkan program terbaru bagi mencari dan melatih bakat baru dalam bidang Mutawwif. Sesungguhnya diharap kerjaya ini menjadi titik tolak kita mencari rezeki dijalan yang diredhai Allah.


Friday, May 30, 2014

KURSUS UMRAH PERDANA

Assalamualaikum wbt.

Suka untuk saya kongsikan bersama, pada 25 Mei 2014 yang lepas telah berlangsung Kursus Umrah Perdana anjuran KBP Travel & Tours. Kursus ini juga turut menjemput dua tokoh penceramah untuk perkongsian ilmu. Jutaan terima kasih kepada Haji Zainal bin Haji Bujang dan Ustazah Yusnah Yusuf di atas ilmu yang dicurahkan sepanjang kursus ini.

Tujuan bagi kurus ini diadakan adalah untuk membantu bakal jemaah samada telah merancang atau masih belum merancang untuk mengerjakan umrah dengan betul. Terdapat juga simulasi tawaf dan sa'ei dilakukan kerana hanya melalui praktikal barulah jemaah mendapat gambaran jelas bagaimana mengerjakan ibdah dengan sempurna. Selain itu, penjelasan mantap mengenai permasalahan wanita ketika mengerjakan umrah juga berjaya mendapat kupasan yang luar biasa. Tidak dapat dinafikan ilmu Ustazah Yusnah memang banyak membantu jemaah wanita yang sebelum ini ragu-ragu dan musykil tentang banyak perkara berkaitan permasalahan peribadi wanita dan kanak-kanak perempuan.

Seramai lebih 60 orang hadirin terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak sudi meluangkan masa ke majlis ilmu ini. Diharap ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan bersama.

Jika pihak tuan/puan ingin menjemput saya memberikan ceramah atau kursus, bolehlah hubungi saya di talian 010 2351438 atau like Facebook KBP Travel & Tours untuk mengetahui aktiviti yang akan dianjurkan.





















Sunday, December 12, 2010

SALAM HIJRAH 1432

AHLAN WASALAN .1431 SUDAH PERGI MACAM MACAM DUGAAN YANG DIUJI DAN DIDUGA.MOGA DATANG 1432 MENJADI KEJAYAAN KEATAS HIJRAH SUFI KU.AMIN

Thursday, November 26, 2009